PANITIA PEND ISLAM SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

Wednesday, February 27, 2013

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah










Ruang twitter bersama penyanyi lagu zikir dan nasyid tersohor tidak diabaikan begitu sahaja. Maka hasilnya dapatlah sekolah membawa penyanyi hebat ini ke surau Khalid Al-Walid pada 31 Jan 2013.Walaupun terlalu banyak dugaan yang kami  terima namun akhirnya berjaya juga. Beliau menyampaikan ceramah dengan tajuk : Ya Rasulullah SAW Andai Masih Ada dengan penuh perasaan dan menyeronokkan. Sebelum menutup tirai,saudara Hafiz Hamidun menyampaikan lagu kegemaran ramai iaitu "Lau Kana Bainana"

Kuiz Esei : Haji & Umrah

1.Bagaimanakah sejarah bermulanya terbina Kaabah?(4m)

2.Nyatakan maksud haji dari segi istilah dan dalilnya.(4m)

3.Apakah yang dimaksudkan dengan niabah dan syarat-syaratnya?(6m)

4.Berikan maksud berkemampuan dan contohnya.(6m)

5.Nyatakan hukum apabila Liza tidak melakukan tawaf kerana uzur. Nyatakan dalil.(4m)

6.Apakah perbezaan antara wajib haji dan rukun haji?(8m)

7.Falsafah disebalik ibadah melontar jamrah.(4m)

8.Hikmah mencukur rambut.(4m)

9.Falsafah disebalik ibadah Safa dan Marwah.(4m)

10.Nyatakan hikmah ibadah haji.(6m)

Kuiz 5 minit : Perkahwinan

1.Apakah maksud haram berkahwin?

2.Berikan dua hikmah perkahwinan?

3.Sebutkan dua contoh wali mujbir?

4.Sebutkan lafaz akad nikah yang tepat?

5.Berikan maksud idah dan kaitannya dengan harus menunggu sebelum berkahwin?

6.Berapakah mahar bagi kawasan Kelantan?

7.Nyatakan ciri-ciri suami yang baik?

8.Sebutkan hiraki Mahkamah Syariah?

9.Berikan maksud fasakh/lian dan nusyus?




10. Berikan maksud talak sunni?

Tuesday, February 26, 2013

Majlis Tahlil Allahyarham Arafat Mudir

Ketika kami sedang sibuk menguruskan pendaftaran pelajar baru pada pagi 10 Jan 2013,kami dikejutkan dengan berita kematian bekas pelajar tingkatan 5 Sukma, Arafat Mudir dalam satu kemalangan jalan raya di Sungai Besi awal pagi tadi.






Kami bergegas ke rumah beliau di Klang pada jam 12 tengahari dan mendapati proses pengkebumian telah selesai. Apapun ucapan takziah dari kami di Panitia Pendidikan Islam. Al-fatihah. Satu majlis tahlil diadakan di surau SSBJ bersama bekas-bekas pelajar yang lain.

Monday, August 27, 2012

Ihya' Ramadhan 1433H penyejuk jiwa..

Buat kali ke 7, Majlis Ihya Ramadhan 1433H di bawah Panitia Pendidikan Islam SSBJ dengan kerjasama HEM berlangsung dengan jayanya. Bermula dengan pertandingan Puisi Ramadhan, Menulis Khat, Tadarus Al-Quran secara berkumpulan,Program Membaca Buku di Bulan Ramadhan, Jadual Imam dan Bilal di surau, Majlis Berbuka Puasa bersama KPM dan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah.

Barisan peserta tadarus yang khusyuk

Surah2 diberikan dan dibaca dengan baik

pjg dan ju

azmeer

apis, jema n zahril



syabas dan tahniah kpd semua

tahniah..
Semoga selepas ini, pihak lain dapat merancang aktiviti yang lebih baik daripada ini.

Saturday, April 28, 2012

MTQ SSBJ 2012 yang simple & sweet!

peserta azan Blok A

barisan hakim yang adil lagi luwes

antara hadirin yang hadir

Inilah Johan Azan : Saudara Junaidi

Zahril dari Blok B

Qayyum Blok A

Azmeer Blok B Tempat ke3

Wan Hazrul Blok D tempat ke2

Johan Nasyid BLOK B




KAMILAH JUARA!!!

BLOK F TEMPAT KE2

BLOK E TEMPAT KE 2
Almaklumlah dengan kesibukan kerja yang bertimbun dan keluarga,namun MTQ SSBJ akhirnya dapat juga direalisasikan walaupun terdapat banyak cabaran kepada termasuklah tiada budget pada asalnya. Syukurlah ada pihak yang sudi menaja. Syukran jazilan. Johan nasyid : Blok B Kedua Blok E & ketiga Blok F, manakala Azan diungguli oleh saudara Junaidi Blok D, Wan Hazrul Blok D & Ameer Blok D..Terima kasih juga kepada barisan hakim yang sudi hadir.Jumpa lagi MTQ 2013..

Friday, April 20, 2012

Qiamulail Siri 1/2012 berjaya!





Pada 14hb April yang lalu (hari Sabtu), Panitia Pend.Islam sekali lagi mengadakan program Qiamulail Siri 1/2012..Kali ini kami hanya memfokuskan kepada Tingkatan 1 -3 berikutan masa yang amat terhad.Dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan takzirah ringkas sebelum tidur. Seawal 4.30 pg,semua pelajar bangun dan bersedia untuk solat sunat seperti Solat Tahajud, Solat Hajat, Solat Witir selepas mendengar taklimat ringkas dari Ustaz Mazdan. Usai solat Subuh, Usrah berjalan dengan lancar dan sangat baik. Insyallah, atas permintaan ramai, siri 2 akan menyusul selepas ini. Nantikan!