PANITIA PEND ISLAM SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

Sunday, February 26, 2012

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

mula berkumpul

sedang berarak

selawat beramai-ramai


guru SSBJ turut memeriahkan suasana



antara poster-poster memuji Rasul


salah seorang pelajar,Arafat tingkatan 5 atlet olahraga

pelajar khusyuk mendengar ceramah

Pengerusi Sahabat Surau,Wan Hazrul membacakan ayat dari Surah Muhammad 

gabungan guru-guru SSBJ

ceramah dari ustaz Muslim

sebahagian pelajar SSBJ
Salam.Taqwim Panitia Pend.Islam dilebarkan dengan program sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Setelah perbincangan dengan Datuk Pengetua, program ini diadakan pada waktu P&P hari Jumaat,17 Feb 2012.Jam 9.30 pagi,perarakan bermula dengan selawat dan iringan kompang.Sungguh meriah.Setibanya di surau,bacaan Al-Quran diteruskan oleh Pengerusi Sahabat Surau,saudara Wan Hazrul Wan Nawi. Persembahan nasyid oleh guru-guru SSBJ amat dinantikan.Tanpa latihan dan secara 'bidan terjun' maka itulah hasilnya.Deklamasi sajak oleh Ustaz Mohd Sham begitu menyentuh rasa.Ceramah oleh Ustaz Muslim dari Masjid Sri Petaling begitu baik dan mendalam.Akhir kata,dari pihak panitia kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan dan dorongan semua warga SSBJ.Jazakumullah khairan kasira.

Friday, February 10, 2012

lawatan pertama..

Pada 8hb Feb yang lalu,kami telah mengadakan lawatan ilmiah ke Mahkamah Syariah Putrajaya di bangunan Istana Keadilan.Keindahan senibina yang dibuat khas menjadikan kami amat kagum dan kaget. Its perfect!Namun kami dimaklumkan tiada kes akan disebut pada hari ini memandangkan semua hakim terlibat dalam sesi muzakarah.Agak sedih namun kami tetap dilayan bagai VIP dan diberikan layanan yang mesra.

wajah kenangan form 5
azlee,me,firdaus n husaini

ashraf,rafizul,aidil dan kayan

sesi penyampaian cenderamata

rehat jap

pembantu hakim
Terima kasih kepada piha pengurusan mahkamah di atas sambutan yang diberikan.Nantikan lawatan kedua di Mahkamah Syariah WP Kuala Lumpur yang baru pada 6 Mac 2012.

salam pengenalan warga ssbj!

islamisasi hadir atas tuntutan syara' bagi memberikan kefahaman secara menyeluruh,overview,mendalam dan terkini tentang Islam,selain melengkapkan silibus subjek Pendidikan Islam dari tingkatan 1 hingga 5.Semoga kehadiran blog ini dapat membantu anda semua.


islam itu mudah!



Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain