Ketika kami sedang sibuk menguruskan pendaftaran pelajar baru pada pagi 10 Jan 2013,kami dikejutkan dengan berita kematian bekas pelajar tingkatan 5 Sukma, Arafat Mudir dalam satu kemalangan jalan raya di Sungai Besi awal pagi tadi.
Kami bergegas ke rumah beliau di Klang pada jam 12 tengahari dan mendapati proses pengkebumian telah selesai. Apapun ucapan takziah dari kami di Panitia Pendidikan Islam. Al-fatihah. Satu majlis tahlil diadakan di surau SSBJ bersama bekas-bekas pelajar yang lain.
Tuesday, February 26, 2013
Monday, August 27, 2012
Ihya' Ramadhan 1433H penyejuk jiwa..
Buat kali ke 7, Majlis Ihya Ramadhan 1433H di bawah Panitia Pendidikan Islam SSBJ dengan kerjasama HEM berlangsung dengan jayanya. Bermula dengan pertandingan Puisi Ramadhan, Menulis Khat, Tadarus Al-Quran secara berkumpulan,Program Membaca Buku di Bulan Ramadhan, Jadual Imam dan Bilal di surau, Majlis Berbuka Puasa bersama KPM dan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah.
Semoga selepas ini, pihak lain dapat merancang aktiviti yang lebih baik daripada ini.
![]() |
| Barisan peserta tadarus yang khusyuk |
![]() |
| Surah2 diberikan dan dibaca dengan baik |
![]() |
| pjg dan ju |
![]() |
| azmeer |
![]() |
| apis, jema n zahril |
![]() |
| syabas dan tahniah kpd semua |
![]() |
| tahniah.. |
Saturday, April 28, 2012
MTQ SSBJ 2012 yang simple & sweet!
| peserta azan Blok A |
| barisan hakim yang adil lagi luwes |
| antara hadirin yang hadir |
| Inilah Johan Azan : Saudara Junaidi |
| Zahril dari Blok B |
| Qayyum Blok A |
| Azmeer Blok B Tempat ke3 |
| Wan Hazrul Blok D tempat ke2 |
| Johan Nasyid BLOK B |
| KAMILAH JUARA!!! |
![]() |
| BLOK F TEMPAT KE2 |
![]() |
| BLOK E TEMPAT KE 2 |
Friday, April 20, 2012
Qiamulail Siri 1/2012 berjaya!
Pada 14hb April yang lalu (hari Sabtu), Panitia Pend.Islam sekali lagi mengadakan program Qiamulail Siri 1/2012..Kali ini kami hanya memfokuskan kepada Tingkatan 1 -3 berikutan masa yang amat terhad.Dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan takzirah ringkas sebelum tidur. Seawal 4.30 pg,semua pelajar bangun dan bersedia untuk solat sunat seperti Solat Tahajud, Solat Hajat, Solat Witir selepas mendengar taklimat ringkas dari Ustaz Mazdan. Usai solat Subuh, Usrah berjalan dengan lancar dan sangat baik. Insyallah, atas permintaan ramai, siri 2 akan menyusul selepas ini. Nantikan!
Thursday, April 19, 2012
Atas nama "Iqra' "
Inilah antara buku yang sedang dan akan ku baca sekarang. Harap anda semua akan membaca seperti saya untuk menambahkan ilmu dan menajamkan akal selalu.
Hari Kemanusiaan 2012 yang happening!
Pada 28hb Mac yang lalu, pihak Akademik telah mengadakan Hari Kemanusiaan SSBJ 2012 dengan jayanya. Pelbagai aktiviti dirancang oleh setiap panitia termasuklah Pend.Islam. Kalau tahun lepas dengan Lambaian Hajinya, tahun ini tidak kurang hebatnya dengan mengadakan drama berat, Tanah Kubur. Mereka diberi tajuk dan melakonkan watak seperti yang ditetapkan. Tahniah kepada kumpulan Bibi dan Akram dengan tajuk Derhaka Ibu yang mendapat Johan.Syabas dan tahniah.
Wednesday, April 18, 2012
Sejarah tercipta! Agama dpt 100%...
![]() |
| Antara best student SPM SSBJ 2012 |
![]() |
| result Farah Ann yg menjadi kebanggaan kami |
Subscribe to:
Posts (Atom)




















