PANITIA PEND ISLAM SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

Wednesday, March 5, 2014

MUSYAWARAH BERSAMA PEGAWAI JAWI ZON 5

Satu pertemuan ringkas telah diadakan pada hari Jumaat yang lalu, 28HB FEB 2014 di Medan Selera Stadium Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur bersama Ustaz Hasnol Pegawai Unit Hal Ehwal Islam Majlis Sukan Negara (UHEIMSN), Ustaz Azmi Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) bagi Zon 5. Antara isi perbincangan ialah mendaftarkan surau di bawah jawi dan peruntukan baitulmal untuk surau-surau jawi sempena ihya ramadhan tahun ini.
Moga ukhwah ini akan terus dijalin.amin
Syukur dipertemukan bagi merapatkan ukhwah
Perbincangan ringkas yang penuh bermanfaat

Inilah hasilnya!

Syukur alhamdulilah dalam kesibukan masing-masing dengan pelbagai ujian dan mehnah, papan kenyataan panitia dan persatuan khalifah muda siap jua mengikut perancangan. terima kasih kepada semua ustaz dan ustazah yang membantu. Jazakumullah khairan kasira.
Papan Kenyataan Panitia Pend Islam 2014
Papan Kenyataan Kelab Khalifah Muda 2014

Tuesday, March 4, 2014

Mesyuarat Agung Sahabat Surau 2014

Tidak terlambat untuk mengucapkan ahlan wa sahlan kepada AJK Sahabat Surau Khalid Al-Walid 2014 yang baru dilantik pada 20hb Feb yang lalu. Majis perlantikan diadakan di surau dengan dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Sham dengan sebulat suara melantik Saudara Rahimin sebagai pengerusi Sahabat Surau.Semoga dengan perlantikan rasmi dapat memberikan semangat baru untuk mengimarahkan lagi surau SSBJ ini.
Sesi jamuan ringan selepas mesyuarat agung kali pertama 2014

AJK Sahabat Surau bersatu demi mengimarahkan surau

Terima kasih atas kesudian para pelajar menjadi AJK Sahabat Surau 2014

Tuesday, January 28, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435H MSN,ISN & SSBJ 2014

23 Jan 2014.
Sambutan yang kali kedua ini nampaknya lebih hebat dan gah kerana perancangan yang lebih teliti dilakukan dalam segenap aspek.Syukur cuaca pagi itu mengizinkan untuk kami berarak dengan lancar. Dengan dihadiri oleh Pengarah MSN, Dato' Zulkeples dan para tetamu jemputan yang lain, majlis tampak hebat dan menarik minat para hadirin.
Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran, deklamasi sajak, qasidah dan forum yang dipengerusikan oleh Imam Muda Hassan. Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.
saat menanti waktu berarak

kami guru-guru yang bersemangat waja

bekas student ssbj yang turut berarak sama

wajah ceria mereka

kami bersedia

PK HEM bersama pengacara terkenal,Zainal Abas

jom selawat

menunggu ketibaan vip

pentas forum

wajah anak-anak ssbj yang segak  berbaju melayu

sementara menunggu forum bermula

kemas dan bersahaja

antara guru yang bersemangat mendengar forum

Monday, January 27, 2014

Taqwim Panitia Pendidikan Islam 2014

Panitia Pend. Islam SSBJ sentiasa memberikan pelbagai bentuk pendedahan kepada pelajar bagi memenuhi ruang ilmu kerohanian pelajar dari masa ke semasa. Berikut antara aktiviti tahunan tahun ini.
    • Jan :  Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat/ Ceramah Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
    • Feb:  Lawatan ke Mahkamah Syariah WPKL
    • Mac: Qiamulail/ Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ)
    • April :Ceramah Bulanan
    • Mei  : Malam Kesenian Islam SSBJ
    • Jun : Ihya Ramadhan 1435
    • Julai : Seminar Teknik Menjawab PMR & SPM
    • Ogos : Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Sempena Hari Patriotisme
    • Sept : Kursus Pengurusan Jenazah
    • Okt : Qiamulail
                Aktiviti mingguan : Setiap Khamis : Bacaan yasin
                                            Setiap Ahad : Kelas Iqra' & Al-Quran

Thursday, January 16, 2014

Kelas Iqra' & Al-Quran SSBJ telah bermula!

Setelah bertahun-tahun menggunakan kaedah talaqqi dengan guru, kini kami menggunakan kaedah tadarus al-Quran. Setiap pelajar diagihkan mengikut kumpulan tertentu.Seorang pelajar akan membaca ayat al-Quran sedang yang lain menyemak dan memperbetulkan bacaan. Semoga usaha ini terus bermanfaat.
Para pelajar mula membaca al-Quran

Setiap kumpulan dibahagikan 5 atau 6 orang pelajar

Bermula dari surah al-Baqarah sehinggalah khatam

Setiap pelajar akan menyemak bacaan dan memperbetulkannya

Pengerusi Sahabat Surau, Saudara Rahimin turut bersama mengimarahkan aktiviti surau

Pelajar Tingkatan 1 turut sama memeriahkan suasana

Setiap kumpulan akan dibantu ustaz dan guru setiap minggu

Kelas halaqah bermula selepas maghrib sehingga jam 9 malam

Para pelajar yang tekun membaca al-Quran

Tahniah kepada semua yang menjayakannya

Semua pelajar didedahkan dengan bacaan yang betul mangikut tajwid

Pelajar PraU turut sama menjayakan majlis halaqah ini

Barisan kepimpinan MPP PraU yang diketuai oleh Saudara Syazwan menyokong penuh usaha panitia

Para pelajar khusyuk mendengar ayat al-Quran

Tahniah kepada Panitia Pend Islam atas usaha gigih selama ini


Isu Kalimah Allah di dalam kitab Bible dan penggunaannya



SHAH ALAM – Isu kalimah ALLAH yang bermula pada 2009 kembali panas selepas Mahkamah Rayuan Isnin lalu menetapkan majalah The Herald tidak boleh menggunakan kalimah tersebut dalam percetakan mereka.

Namun, persoalan yang terus bermain di minda rakyat sekarang adalah, adakah kalimah tersebut boleh dibenarkan atau tidak kepada bukan Islam? Ada yang berasa boleh dan ramai yang berkata tidak boleh. Malah, percanggahan begini boleh mengelirukan umat Islam serta bukan Islam.

Pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, setiap hari orang Islam seluruh dunia melafazkan ayat dalam Surah al Fatihah, yang berbunyi ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan segala alam’.

“Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan kaum Muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui ALLAH itu Tuhan untuk semua, bukan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.

“Maka isu kalimah ALLAH tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu ALLAH. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka
menggunakannya,” kata bekas Mufti Perlis itu.

Katanya, isu kalimah ALLAH ini menjadi sejarah menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia kerana masalah ini tidak pernah wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab menggunakan perkataan ALLAH apabila merujuk kepada Tuhan sejak sebelum dan selepas
zaman Nabi Muhammad SAW.

“Bahkan kaum Quraisy sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama ALLAH. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah, yang bermaksud hamba ALLAH,padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah,” katanya.

Kata Asri, Kristian Qibti di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan sebagai ALLAH.

“Demikian juga Kristian Lebanon dan Jordan. Gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ALLAH sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS.

“Bukan sahaja perkataan ALLAH. Banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian, (termasuk) nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan di Malaysia berbeza dan tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam, malah kerajaan boleh menetapkan peraturan supaya tidak berlaku kekeliruan sehingga menyebabkan provokasi.

"Berdasarkan hukum agama, kalimah ALLAH adalah untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Demi kesejahteraan dan menghormati beberapa negeri, ia diselaraskan supaya tidak dibenarkan. Kerajaan perlu juga harus tampil menjelaskan mengapa ia (kalimah ALLAH) tidak boleh digunakan.

"Mungkin ada sesetengah pihak mendakwa kalimah ALLAH di dalam Bible seolah-olah ada agenda tertentu. Kerana itu, saya katakan, kerajaan tampil dengan peraturan sebegini. Cuma, tiada penjelasan yang dibuat. Mesti ada hujah,” katanya.

Dalam membuat perbandingan isu kalimah ALLAH di negara ini, Asri turut memberi satu contoh di mana seorang pekerja kaunter keluar menunaikan solat sunat dhuha, dan ketiadaan pekerja kaunter itu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut walaupun untuk beberapa minit.

“Lalu ketuanya mengeluarkan peraturan, tidak membenarkan solat dhuha di pejabat kerana tidak mahu keadaan yang sama berulang. Ia jelas, bukan tidak membenarkan solat, tetapi jangan dilakukan pada waktu bekerja, memandangkan pekerjaannya berbentuk perkhidmatan,” katanya.

Asri berkata, kalimah ALLAH sebenarnya sudah lama digunakan masyarakat bukan Islam, termasuk dalam lagu negeri masing-masing.

“Pernah ke dengar (dalam) lagu negeri, baris yang ada kalimah ALLAH, orang bukan Islam tukar kepada nama Tuhan mereka?

“ALLAH adalah untuk semua. ALLAH itu menjelaskan Tuhan yang satu. Contoh lain yang saya ambil, seorang Cina mengatakan: ‘Hari ini Tuhan ALLAH kasi turun hujan. Adakah kita nak marah Cina itu? Adakah perlu kita betulkan ayatnya dengan mengatakan Tuhan kamu bukan ALLAH? Jika ada, ia sudah tidak mengesakan ALLAH lagi,” katanya.

“Itu adalah realiti. Kalau ada yang keliru, mereka tidak jelas dengan akidah. Saya tidak bela orang kafir, tetapi kafir di Arab menggunakan kalimah ALLAH sejak dahulu lagi.

"Mereka ini digelar musyrikin kerana mendakwa ada tuhan lain selain ALLAH. Ia sudah tertulis di dalam al-Quran,” katanya


Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Awal Tahun 2014

Majlis yang menjadi acara rasmi sekolah ini dihadiri oleh guru-guru SSBJ dan para atlit. Majlis dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan Yasin diketuai oleh Ust Mazdan dan diikuti solat isya dan solat hajat oleh Ust Sham.

Jutaan terima kasih buat warga SSBJ yang telah menjayakan program ini. Semoga majlis seperti ini akan diteruskan lagi.insyallah